nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebebasan bersuara bukan tiket cetus provokasi

12 MAC : Kerajaan sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara  rakyat, namun ia bukanlah hak mutlak yang bebas daripada batasan dan kawalan undang-undang.

Meskipun hak tersebut dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan namun ia masih tertakluk kepada undang-undang.

Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang berkuatkuasa 11 Februari lalu merupakan usaha kerajaan bagi menangani penyalahgunaan kebebasan bersuara yang boleh mencetuskan provokasi hingga menjejaskan nilai demokrasi dan mengancam kestabilan negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Shafezah Abdul Wahab berkata kebebasan bersuara tidak seharusnya mencetuskan polarisasi dalam kalangan masyarakat, sebaliknya ia merupakan platform untuk menjamin keselamatan negara serta memperkukuh perpaduan nasional.

Katanya, kebebasan bersuara juga harus diamalkan secara bertanggungjawab dengan mengambil kira sensitiviti kaum dan agama.

“Kebebasan ini tidak boleh disalah guna untuk tujuan provokasi atau penyebaran maklumat palsu yang boleh mengganggu keharmonian sosial.

“Walaupun ia adalah hak asasi yang dijamin, kebebasan ini tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyemai kebencian atau mencetuskan ketegangan dalam masyarakat,” katanya kepada BBCPORTAL.

Dalam pada itu, beliau melihat pindaan Akta 588 sebagai langkah yang diperlukan bagi melindungi ekosistem digital negara hari ini.

Bagaimanapun, katanya kebimbangan tetap wujud mengenai potensi penyalahgunaan undang-undang tersebut, lebih-lebih lagi jika ia dilaksanakan secara tidak konsisten terhadap sesetengah pihak.

“Pindaan Akta 588 yang bertujuan menangani isu 3R (agama, kaum dan raja) dilihat sebagai langkah yang diperlukan dalam era digital…kes penyampai radio Era FM yang didakwa mempersendakan agama baru-baru ini membuktikan keperluan kawalan yang lebih ketat terhadap ucapan berunsur provokatif.

“Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang ini mesti bersifat inklusif dan bebas daripada sebarang bentuk double standard bagi memastikan ia benar-benar berfungsi untuk membendung provokasi 3R,” katanya.

Selain itu, Shafezah berkata pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat memahami bahawa pindaan akta ini bukannya untuk menyekat kebebasan mereka bersuara.

Mengulas lanjut, katanya pihak berkuasa juga harus memastikan setiap tindakan yang diambil dijelaskan secara terbuka kepada masyarakat bagi menjamin integriti sistem keadilan serta memelihara hak asasi manusia.

“Dalam era masyarakat yang semakin celik maklumat, kepercayaan terhadap sistem perundangan bergantung kepada ketelusan dan keadilan dalam penguatkuasaan…sebarang tindakan yang bersifat selektif bukan sahaja mencemarkan kredibiliti institusi perundangan tetapi juga mencabar prinsip Rukun Negara khususnya dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Oleh itu, setiap pendakwaan harus berasaskan bukti kukuh dan tidak dilakukan secara melulu supaya tidak mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan rakyat,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.