13 MAC : Bakal Perdana Menteri Kanada yang baharu, Mark Carney dijadual mengangkat sumpah jawatan, esok.
Lantikan baharu ini selepas penyandang jawatan itu, Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya pada 6 Januari lalu selepas memegang jawatan itu sejak 2015.
Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung jam 11.00 pagi waktu tempatan di kediaman rasmi Gabenor Jeneral Kanada, Mary Simon.
Difahamkan barisan Kabinet baharu Carney juga akan mengangkat sumpah pada majlis sama.
Terdahulu, Parti Liberal Kanada mengumumkan pemilihan Carney sebagai pengganti Trudeau pada 9 Mac lalu.
Bekas Gabenor Bank Kanada itu dijangka menyandang jawatan tersebut sehingga pilihan raya Parlimen yang dijadualkan pada 20 Oktober ini.
*Foto : Facebook Mark Carney