nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RISDA bakal hidupkan kembali 100,000 hektar ladang getah terbiar

14 MAC : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berhasrat untuk menghidupkan kembali 100,000 hektar ladang getah terbiar di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu dilihat membantu meningkatkan pendapatan dan menaik taraf sosioekonomi penoreh getah.

“RISDA adalah organisasi yang ditubuhkan untuk menjaga pekebun kecil yang mengusahakan penanaman getah dan daripada seluruh hasil getah, pekebun kecil menghasilkan lebih 80 peratus hasil getah negara.

“Pada masa sama, kayu getah mampu menjana pendapatan pekebun kecil di mana kayu getah mampu memberi pulangan melalui penebangan kayu getah lama untuk dijadikan sebagai bahan utama perabot setelah ia dirawat.

“Kayu getah yang dirawat ini kemudian boleh dieksport ke luar negara dan ini memberikan hasil berbilion ringgit kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, hari ini.

Pada majlis itu, RISDA menyalurkan dividen tahun 2024 kepada 1,776 orang peserta Program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) berjumlah RM10.99 juta atau secara purata setiap penerima memperoleh RM5,061 per hektar.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa memberi dorongan kepada RISDA untuk menjalankan pelbagai inisiatif untuk membantu pekebun kecil getah di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata terdapat kira-kira 400,000 hektar kebun getah yang perlu menjalani proses penanaman semula pokok.

“Oleh itu, RISDA akan menebang sekitar 40,000 hektar pokok getah tua setahun yang mampu memberikan hasil lumayan selepas ia dirawat menjadi kayu bagi penghasilan perabot.

“Langkah ini langkah baik dan saya harap pekebun kecil RISDA akan memberikan sokongan kepada pengurusan agensi ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.