nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penurunan kandungan lindung rakyat daripada ketegangan sosial

17 MAC : Kerajaan sentiasa memastikan keselamatan dalam talian sebagai salah satu keutamaan untuk memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, peningkatan tindakan menurunkan kandungan media sosial merupakan usaha kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan.

Sepanjang tahun 2024, sebanyak 289,287 kandungan diturunkan termasuk 189,484 berkaitan judi dalam talian; 63,652 berkaitan penipuan (scam); 17,245 kandungan palsu dan 13,805 kandungan jelik.

Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF), Mediha Mahmood berkata penurunan kandungan berunsur jelik termasuk isu 3R (agama,raja dan kaum) bukan untuk menyekat perbincangan yang sihat, sebaliknya ia langkah yang bertujuan melindungi masyarakat daripada risiko ketegangan sosial dan jenayah siber.

Katanya, semua pihak perlu melihat usaha ini dalam konteks keseimbangan antara kebebasan dan tanggungjawab, memandangkan media sosial hari ini bukan sekadar ruang ekspresi, tetapi juga boleh menjadi ‘kawasan panas’ yang mempengaruhi kestabilan sosial jika tidak dikawal dengan baik.

“Ibarat peraturan lalu lintas, tujuan kawalan ini bukan untuk menghalang orang daripada memandu tetapi untuk memastikan perjalanan di jalan raya digital lebih selamat.

“Tanpa garis panduan yang jelas, kita berdepan risiko maklumat berbahaya tersebar tanpa batas,” katanya ketika dihubungi BBCPORTAL.

Dalam pada itu, Mediha berkata keselamatan ekosistem digital bukan sekadar tanggungjawab kerajaan atau platform media sosial, malah setiap pengguna mempunyai peranannya tersendiri.

Katanya, masyarakat merupakan pertahanan barisan pertama dalam membentuk ekosistem digital yang lebih selamat.

“Kesedaran digital bukan sekadar tentang memahami risiko, tetapi juga memahami bahawa kita semua memainkan peranan dalam membina budaya penggunaan Internet yang lebih matang dan beretika.

“Jika kita bandingkan dengan kehidupan sebenar, media sosial ini seperti sebuah bandar digital…jika semua orang membuang sampah sesuka hati, mencetuskan pergaduhan atau menyebarkan maklumat salah, bandar itu akan jadi tempat yang tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami.

“Tetapi jika warganya mengambil inisiatif untuk menjaga kebersihan, melaporkan masalah dan mengamalkan kesopanan, ia boleh menjadi ruang yang lebih selamat dan harmoni,” katanya.

Pada masa sama, Mediha melihat terdapat peningkatan dari segi kesedaran masyarakat dalam pemahaman tentang kesan kandungan yang tidak bertangungjawab selepas pelaksanaan usaha kerajaan ini.

Bagaimanpun katanya seperti mana-mana perubahan dasar, ia memerlukan kesinambungan dalam advokasi, pendidikan digital dan kerjasama antara kerajaan, industri dan masyarakat.

“Selain itu, pengguna media sosial boleh memainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab dengan berfikir sebelum berkongsi, melaporkan kandungan berbahaya,dan tidak terlibat dalam budaya toksik seperti serangan siber dan penyebaran maklumat palsu atau fitnah,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.