nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rahmat Ramadan: Santunan Ihsan sempena Karnival Warisan @Saloma

Kenyataan Media

SALOMA KUALA LUMPUR

Dalam usaha menyemarakkan nilai kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan, Karnival Warisan @Saloma Ramadan Raya, hari ini menganjurkan program khas ‘Rahmat Ramadan: Santunan Ihsan’ yang bertujuan menyantuni masyarakat melalui agihan sumbangan makanan dan keperluan asas secara percuma.

Sebanyak 1000 pek Nasi Arab, 1000 bubur lambuk dan 1000 kampit beras telah diagihkan bagi memastikan lebih ramai keluarga dapat menikmati juadah berbuka dengan penuh keberkatan.

Sumbangan ini mendapat sokongan daripada Yayasan Insan Sakan yang menyumbangkan kampit beras kepada penerima, Yayasan Muhibah dan Yayasan Global Mesra, yang menyediakan bubur lambuk, serta Saloma Kuala Lumpur, yang menaja penyediaan Nasi Arab khas untuk berbuka puasa.

Menurut Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Riza Che Umar program ini bukan sekadar menyantuni golongan yang memerlukan, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan masyarakat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Kami percaya bahawa semangat memberi adalah satu amalan yang perlu dipupuk dalam masyarakat. Dengan adanya program Rahmah Ramadan: Santunan Ihsan ini, kami berharap lebih ramai dapat merasai keindahan berkongsi rezeki serta menikmati suasana berbuka puasa yang harmoni,” katanya.

Lebih istimewa, program ini diadakan seiring dengan Karnival Warisan @ Saloma Ramadan Raya, yang berlangsung selama sebulan penuh, menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Dalam usaha membantu peniaga kecil, pihak penganjur turut menyediakan booth (reruai) percuma kepada usahawan yang berminat. Reruai ini diberikan secara percuma pada 15 dan 16 Mac, khususnya untuk peniaga di Bazaar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang terkesan akibat kekurangan pengunjung. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan meningkatkan jualan mereka dalam suasana lebih meriah sepanjang hujung minggu ini.

Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tourism Malaysia, MaTiC, dan KEMAS serta agensi-agensi lain yang berkaitan sebagai satu platform untuk memperkukuh semangat perpaduan serta menyemarakkan budaya memberi dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai digalakkan untuk terus memanfaatkan peluang ini dan merasai kemeriahan Ramadan melalui pelbagai aktiviti yang telah disediakan sepanjang tempoh karnival.

Untuk maklumat lanjut, sila layari karnivalwarisan.salomagroup.com atau ikuti laman media sosial rasmi @salomakualalumpur.

Saloma Kuala Lumpur

Get real time updates directly on you device, subscribe now.