nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia desak PBB bertindak, tamatkan kekebalan Israel

18 MAC : Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi menamatkan kekebalan Israel daripada undang-undang.

Kementerian Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra membuat gesaan itu susulan serangan terbaharu Israel yang meragut lebih 300 nyawa di Semenanjung Gaza.

Wisma Putra juga menggesa masyarakat antarabangsa bertindak serupa bagi melindungi orang awam.

Pada masa sama, Wisma Putra turut menuntut masyarakat antarabangsa memastikan rejim Zionis dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa.

“Serangan ini telah meragut lebih 300 nyawa di wilayah Palestin. Gelombang serangan terbaharu rejim Zionis turut menyasarkan Syria, Lubnan, dan Yaman mengakibatkan lebih banyak kematian serta kecederaan termasuk kanak-kanak dan petugas kemanusiaan.

“Tindakan agresif Israel ini membuktikan bahawa rejim tersebut tidak mempunyai sebarang hasrat untuk berdamai. Sebaliknya, mereka terus mencabuli undang-undang antarabangsa, resolusi PBB serta usaha damai yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Tegas Wisma Putra, pembunuhan berterusan dilakukan Israel terhadap orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan petugas kemanusiaan adalah jenayah perang yang juga sebahagian pembersihan etnik.

“Serangan Israel ke atas negara-negara berdaulat juga menjadi ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan global,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.