21 MAC : Lebih dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima duit raya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, tidak lama lagi.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) itu akan disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Penjawat awam akan menerima RM500 sementara pesara kerajaan dibayar RM250.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 itu diluluskan kerajaan sesuai pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Menurut kementerian itu, bantuan khas ini mengambil kira keperluan perbelanjaan rakyat dalam persiapan Aidilfitri dan melibatkan implikasi kewangan RM900 juta.
“Peluasan asas hasil kerajaan dalam penstrukturan semula kewangan awam memberi sedi sebanyak ruang untuk berkongsi hasil negara secara saksama.
“BKKA sebanyak RM500 dibayar kepada penjawan awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, turut dibayar kepada pesara kerajaan sama ada yang pesara berpencen, pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen atau tidak berpencen akan dibayar sebanyak RM250,” kata kementerian itu.
Kata kementerian itu lagi, kerajaan berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara selain dijadikan sebagai pemangkin untuk terus berkhidmat penuh dedikasi.
*OLEH : HANUM RAJAK