nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan beri duit raya RM250 kepada 70,000 guru KAFA, imam

21 MAC : Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2025 diperluas kepada kepada 70,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu, malam ini.

“Tadi saya umumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Ini termasuk veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen serta pesara.

“Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pemberian itu sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan besar kumpulan itu dan bayaran akan disalurkan kepada penerima minggu depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menyatakan kumpulan tersebut akan menerima duit raya sebanyak RM250.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pemberian BKKA kepada lebih dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Peluasan asas hasil kerajaan dalam penstrukturan semula kewangan awam memberi sedi sebanyak ruang untuk berkongsi hasil negara secara saksama.

“BKKA sebanyak RM500 dibayar kepada penjawan awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, turut dibayar kepada pesara kerajaan sama ada yang pesara berpencen, pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen atau tidak berpencen akan dibayar sebanyak RM250,” kata kementerian kewangan.

Hari ini, Anwar menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta pimpinan pusat dan negeri bagi membincangkan soal projek infrastruktur asas dan awam seperti pendidikan, kesihatan, jalan raya, tebatan banjir serta pengurusan hakisan pantai, khususnya untuk menyegerakan projek yang menjadi keutamaan di Terengganu.

Menurut Anwar, status projek sakit dan usaha menangani isu kemiskinan tegar turut dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat itu.

“Saya tegaskan agar semua agensi yang terlibat mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada kumpulan rakyat yang dinafikan hak untuk menikmati pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Kerajaan MADANI juga akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan infrastruktur pelancongan di pulau-pulau di Terengganu yang membabitkan peruntukan sekitar RM70 juta sebagai menyemangati Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.