nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan kerah tenaga, aset bantu mangsa banjir : Zahid

21 MAC : Tenaga dan aset pengurusan bencana negara sudah dikerah untuk memastikan keselamatan mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga memaklumkan pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan mangsa banjir diberi perlindungan sewajarnya.

“Kerajaan melalui bahagian pengurusan bencana telah mengerahkan segala tenaga dan aset terbaik bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk terjejas terpelihara.

“Setiap usaha sedang digiatkan, dari operasi menyelamat hingga penyaluran bantuan keperluan asas, agar mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, rakyat di Johor, Sabah dan Sarawak terjejas diuji dengan bencana banjir yang di luar jangkaan.

“Di saat kita memasuki 10 hari terakhir Ramadan, saudara-saudara kita di Johor, Sabah dan Sarawak sedang diuji dengan bencana banjir yang di luar jangkaan. Hati saya tersentuh tatkala mendengar rintihan mereka yang terkesan.

“Rumah ditenggelami air, harta benda musnah dan anak-anak kecil terpaksa berlindung di pusat pemindahan. Apa yang kita lihat sudah cukup menyayat hati, namun bagi mereka yang mengalaminya, ujian ini jauh lebih berat,” katanya.

Justeru beliau mengajak rakyat Malaysia sama-sama mendoakan keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Marilah kita bersama-sama sebagai satu negara mendoakan agar keadaan kembali pulih, dan semoga saudara-saudara kita di Johor, Sabah dan Sarawak dikurniakan ketabahan serta kekuatan untuk menghadapi dugaan ini,” katanya.

Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 12,255 orang daripada 3,771 keluarga masih terjejas, dengan 116 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga negeri itu.

Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 10,510 penduduk daripada 3,245 keluarga yang masih berada di 98 PPS membabitkan lima daerah.

Di Sabah, seramai 1,273 penduduk daripada 405 keluarga masih berlindung di 11 PPS di enam daerah manakala di Sarawak, 472 penduduk daripada 121 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di empat daerah.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.