21 MAC : Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) agensi persekutuan terbaharu bakal dibubarkan selepas perintah eksekutif ditandatangani Presiden Donald Trump.
Sebelum ini, Trump berulang kali menganggap Jabatan Pendidikan tersebut suatu pembaziran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut Trump, dana pendidikan sepatutnya dikendali setiap negeri.
Trump berkata, dana yang dibelanjakan AS bagi pendidikan negara itu lebih banyak berbanding mana-mana negara lain.
“Kita kembalikan kuasa pendidikan kepada negeri-negeri, di mana sepatutnya ia berada. Ini adalah langkah yang popular, tetapi yang lebih penting, ia masuk akal dan ia akan berjaya.
“Perkara ini telah dibincangkan selama berdekad-dekad, tetapi tiada presiden yang benar-benar melaksanakannya. Kini, saya melakukannya,” katanya berucap di East Room.
Namun mana-mana agensi persekutuan hanya boleh dibubarkan melalui tindakan legislatif kerana ditubuhkan melalui Kongres.
Susulan itu, Trump berkata perintah eksekutif ditandatanganinya itu akan memulakan proses pembubaran secara menyeluruh.
Trump menjamin fungsi utama termasuk geran Pell untuk pelajar kolej, pembiayaan bagi kanak-kanak kurang upaya serta sokongan kepada sekolah di daerah berpendapatan rendah dikekalkan namun dipindahkan ke agensi lain.
Perincian agensi yang akan mengambil alih peranan itu tidak dinyatakan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci agensi mana yang akan mengambil alih peranan itu.