24 MAC : Kerajaan sedang merangka strategi nasional yang mantap untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah penubuhan National Geoeconomic Command Centre (NGCC).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Katanya, mesyuarat itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuhkan ketahanan ekonomi negara.
“Inisiatif penting ini akan memantau tarif, sekatan, dan risiko rantaian bekalan, sekaligus menyelaras tindak balas merentasi kementerian dan sektor.
“Fokus kita adalah untuk mencari solusi pintar dan membina kredibiliti sebagai rakan dagang utama yang neutral untuk semua kuasa-kuasa besar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Sebelumnya, Anwar berkata Malaysia perlu mempercepat ekplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dengan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.
*Foto : Facebook Tengku Zafrul