nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kuil setuju pindah, 50 meter dari lokasi asal : Zaliha

25 MAC : Isu kuil di Jalan Masjid India yang dibina atas tanah Jakel Group selesai hari ini selepas rumah ibadat itu bersetuju pindah ke lokasi baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata lokasi baharu kuil tersebut terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asal.

Menurutnya, tapak baharu tersebut yang berkeluasan 4,000 kaki persegi dikenal pasti kerajaan untuk penempatan kuil berkenaan.

“Keluasan tapak ini setara dengan saiz kuil sedia ada. Tapak ini merupakan sebahagian lot PT 95, Seksyen 40, Mukim Bandar Kuala Lumpur.

“Pembangunan tapak baharu ini tertakluk kepada syarat-syarat pembangunan yang berkuat kuasa dan pihak kuil juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media berkait isu itu, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif; Setiausaha Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kaarthik Gunaseelan; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan.

Pada 20 Mac lalu, berlangsung perbincangan antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tanah itu dibeli Jakel daripada DBKL pada 2012 yang kemudiannya pemilik mahu dibina masjid untuk kegunaan masyarakat setempat.

Khamis ini, dijadualkan majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di tapak kuil tersebut yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata kerajaan menjamin struktur kuil itu tidak akan dirobohkan malah kuil itu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa sehingga proses penempatan semula selesai sepenuhnya kelak.

Selain itu, beliau menyeru semua pihak terutama pemimpin dan masyarakat agar tidak memanipulasi isu tersebut lebih-lebih lagi cuba memainkan sentimen perkauman serta keagamaan.

Katanya, kerajaan sentiasa menghormati hak dan kepercayaan semua penganut agama selain memastikan setiap keputusan yang diambil bersifat adil, inklusif serta mengutamakan kepentingan bersama.

Namun beliau menegaskan penyelesaian diambil adalah khusus bagi kes itu sahaja dan tidak boleh dijadikan kes rujukan bagi rumah ibadat lain.

“Setiap isu melibatkan rumah ibadat akan dinilai secara individu berdasarkan garis panduan, kedudukan tanah dan peraturan yang berkuat kuasa.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa semua pembinaan rumah ibadat baharu perlu mematuhi semua garis panduan serta peraturan sedia ada bagi menjamin keharmonian dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan.

“Polemik ini harus dihentikan segera! Marilah kita semua terus memelihara keharmonian dan keamanan yang sudah sekian lama menjadi asas kekuatan negara,” katanya.

*Foto : Facebook Dr Zaliha Mustafa

Get real time updates directly on you device, subscribe now.