25 MAC : Arab Saudi melancarkan satu platform digital inovatif untuk mengajar Surah Al-Fatihah yang direka khas untuk jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia.
Platform itu juga boleh mengajar hukum tajwid dan membetulkan bacaan.
Menurut Presidensi Hal Ehwal Agama Arab Saudi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pelancaran itu sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung ke dua masjid suci itu.
Platform tersebut boleh diakses melalui https://fatiha.prh.gov.sa/home
Ia boleh diakses dengan pelbagai bahasa dan menawarkan kandungan pendidikan yang menyeluruh merangkumi tafsiran, bacaan serta hafazan Al-Quran
Selain itu, kesilapan bacaan dikesan dan dibetulkan secara audio melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pada masa sama, terdapat juga laporan terperinci disediakan bagi meneliti kemajuan jemaah.