nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan nafi bayar RM2 juta kepada kuil

26 MAC : Kerajaan menafikan dakwaan membayar pampasan RM2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman seperti yang ditularkan di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa bertegas tuduhan itu tidak berasam sama sekali.

“Saya ingin memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang tular di media sosial, khususnya menerusi hantaran Saudara Firdaus Wong Wai Hung di laman Facebook beliau semalam yang mendakwa dengan pertanyaan kononnya kerajaan memberikan pampasan berjumlah RM 2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas. Kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada pihak kuil seperti yang digambarkan.

“Malahan, tiada sebarang perjanjian atau ‘deal’ lain dibuat selain daripada penyelesaian yang saya umumkan secara rasmi, semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zaliha mengumumkan pengurusan kuil tersebut bersetuju berpindah ke lokasi yang dicadangkan iaitu kira-kira 50 meter dari tapak asal.

Kuil itu dibina atas tanah milik Jakel Group dan pemilik tanah berkenaan berhasrat untuk mendirikan masjid atas tanah tersebut.

Dalam pada itu, Zaliha menegaskan keputusan yang dicapai semalam itu sepenuhnya hasil rundingan secara harmoni.

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah hasil perbincangan secara harmoni antara semua pihak yang terlibat dan bersifat menang-menang.

“Yang paling utama, pembinaan masjid yang tertangguh sejak tahun 2020 di atas tanah milik swasta tersebut dapat diteruskan seperti yang dirancang, manakala pihak kuil pula bersetuju untuk berpindah ke lokasi alternatif yang telah dikenal pasti,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Zaliha sekali lagi menegaskan kes tersebut tidak boleh dijadikan sebagai rujukan atau precedent case untuk mana-mana kes lain pada masa akan datang.

“Ia adalah penyelesaian khusus kepada isu tersebut, yang ditangani dengan penuh hikmah, mengikut lunas undang-undang dan mempertimbangkan sensitiviti pelbagai pihak,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak agar menghentikan polemik yang tidak berfaedah dan berhenti daripada mengapi-apikan sentimen agama atau perkauman berdasarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan yang sudah dibina bersama.

*Foto: Facebook Dr Zaliha Mustafa

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.