nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Godam: PM arah NACSA, MKN kerjasama dengan MAHB

27 MAC : Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diarah bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan insiden serangan siber, beberapa hari lalu.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Tunku Nashrul, Anwar menegaskan kerajaan dan industri perlu seiring bagi menangkis sebarang ancaman.

“Terkait insiden keselamatan siber membabitkan MAHB, Perdana Menteri mengarahkan NACSA dan MKN untuk bekerjasama rapat dengan MAHB sejak insiden ini dilaporkan beberapa hari lalu.

“Insiden ini menunjukkan keupayaan tempatan untuk mengendali insiden keselamatan siber harus sentiasa pada tahap terbaik.

“Kerjasama pasukan kerajaan dan industri harus seiring agar keupayaan menjaga infrastruktur kritikal negara dari sebarang ancaman pada tahap tinggi,” katanya.

Tunku Nashrul berkata demikian pada sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Terdahulu, Anwar mendedahkan sistem MAHB digodam dengan tuntutan AS$10 juta namun Malaysia tidak tunduk terhadap tuntutan seumpama itu.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata keupayaan kapasiti dan kompetensi pakar tempatan harus terus diperkukuh agar kebergantungan kepada pihak asing dalam mengurus sistem kritikal negara diminimumkan.

“Kesiapsiagaan pakar tempatan dalam berhadapan sebarang insiden keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.

“Ini merupakan jaminan agar keyakinan rakyat serta pelabur terhadap negara sentiasa pada tahap yang tinggi,” katanya.

Selain itu katanya, Anwar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan hanya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Dalam perkembangan lain, Anwar dijadual meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI pada tahun ini dengan meraikan lebaran bersama rakyat di beberapa negeri.

Anwar akan kelapan negeri iaitu Melaka (5 April), Selangor (6 April), Pahang (11 April), Kelantan dan Pulau Pinang (12 April), Sarawak (19 April), Perak (25 April) dan Perlis (27 April).

Menurut Tunku Nashrul, seperti lazimnya, sambutan perayaan itu akan dianjurkan bersama dengan kerajaan negeri yang menjadi tuan rumah.

“Justeru Perdana Menteri menjemput semua rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya untuk bersama-sama hadir dan menyemarakkan nilai murni, kasih sayang, hormat-menghormati dan muhibah yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak sekian lama.

“Majlis ini juga adalah wadah penting untuk kita meredakan suhu ketegangan antara kaum dan agama, dan menghormati serta meraikan perbezaan menerusi interaksi antara rakyat,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.