nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JAKIM kesal ada yang hina Nabi di media sosial

28 MAC : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kesal dengan tindakan pihak tertentu menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata tindakan itu tidak wajar dan tidak boleh diterima yang menunjukkan sikap sikap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“JAKIM tegaskan bahawa perbuatan menghina agama adalah suatu tindakan yang tidak bermoral, tidak wajar dan tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak dalam masyarakat yang harmoni.

“Berkaitan dengan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang berlaku di media sosial baru-baru ini, JAKIM amat kesal dengan tindakan tersebut. Tindakan yang tidak bijak ini menunjukkan sikap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mutakhir ini, beberapa individu dilaporkan memuat naik hantaran di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan beberapa laporan polis dibuat berkait perkara itu.

Dalam pada itu, Srajuddin berkata pihaknya bertindak melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar tindakan yang sesuai diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Justeru itu, beliau menyeru agar tindakan menghina agama itu dihentikan dengan segera.

“Semua pihak diminta agar berhati-hati dan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, perkataan atau penulisan yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau bangsa.

“Tindakan sedemikian hanya akan merosakkan keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia yang sudah lama dibina,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, JAKIM akan terus memperhebat usaha dan program kesedaran dalam memastikan masyarakat lebih berhati-hati serta bijaksana dalam menggunakan media sosial.

Katanya, usaha itu juga bertujuan untuk memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang adab dan sensitiviti agama dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.