29 MAC : Myanmar sekali lagi dilanda gempa bumi dengan ukuran 5.1 magnitud, petang tadi selepas gegaran kuat berukuran 7.7 magnitud, semalam yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gegaran itu berlaku berhampiran Pyinmana kira-kira jam 2.50 petang waktu tempatan.
Gegaran itu turut dirasai di Laos, Thailand dan China.
Gegaran susulan itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan menjejaskan lagi kawasan yang sudah rosak akibat gempa pertama, semalam.
Kerja mencari dan menyelamat (SAR) kini masih giat diadijalankan bagi mengesan mangsa yang mungkin tertimbus.