nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelihara keharmonian, perpaduan untuk diwariskan

30 MAC : Keharmonian dan perpaduan dalam semua lapisan masyarakat di negara ini merupakan asas kenegaraan yang mesti dipelihara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah ia perlu dipupuk seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang.

Titah baginda, setiap rakyat di negara ini mempunyai tanggungjawab demi menjaga perpaduan dalam kalangan kita.

“Keharmonian dan perpaduan semua lapisan rakyat adalah asas kenegaraan kita yang mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh seterusnya dipupuk dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga perpaduan kita ini, berdasarkan lima Rukun Negara yang harus sentiasa terpahat dalam hati nurani setiap rakyat.

“Dalam memupuk kebersamaan dan perpaduan yang tulus dan ikhlas secara berhemah dan produktif, usaha yang kukuh juga mesti dilaksanakan untuk membanteras tanpa kompromi sebarang anasir yang membawa ancaman perpecahan,” titah baginda.

Baginda menitahkan demikian dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa perpaduan yang digapai mesti berterusan dan tidak sewajarnya sekadar di permukaan.

“Harus difahami semua juga bahawa perpaduan ini bukan satu usaha yang mempunyai tarikh tamatnya. Ia adalah sesuatu yang mesti berterusan selamanya – mendidik, memupuk dan menyemai dalam rakyat kita.

“Perpaduan kita tidak patut sekadar di permukaan sahaja tetapi mesti lebih mendalam terutamanya apabila timbul keperluan untuk menangani situasi di mana sesetengah perasaan mungkin terguris akibat kejahilan sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

“Saya harap pesanan ini disambut dan diambil tinakan sebaiknya oleh kerajaan dan juga rakyat jelata kerana perpaduan adalah asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran kita semua,” titah baginda lagi.

*Foto : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

*OLEH: HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.