nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Putrajaya salur RM14.7 juta bantuan bencana untuk Selangor

9 APR : Kerajaan MADANI menyalurkan RM14.7 juta bantuan bencana kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata peruntukan itu termasuk bantuan untuk mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, minggu lalu.

Katanya, bantuan itu melibatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

“Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, setiap kediaman yang terkesan akibat bencana itu turut menerima bantuan tunai RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dimana RM5,000 dari Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 lagi dari Petronas.

“Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas,” katanya.

Selain itu, kata Khairul Shahril, Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan bagi tempoh enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki atau dibina semula.

“Peruntukan ini mencerminkan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa-mangsa bencana di Putra Heights.

“Bagi melicinkan proses pengagihan bantuan, semua sumbangan hendaklah disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.