nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC-MARA kerjasama tingkat kualiti capaian Internet

10 APR : Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Komunikasi Korporat MCMC dan Bahagian Komunikasi MARA dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama yang dimetrai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) itu bagi meningkatkan kualiti capaian Internet di institusi pendidikan MARA.

Sebanyak 11 insititusi MARA tersenarai dalam kerajasama ini melibatkan Maktab Rendah Sains MARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA; MARA-Japan Industrial Institute, Kolej Poly-Tech MARA dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Selain itu, turut terlibat adalah Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, Universiti Kuala Lumpur, German-Malaysian Institute dan GIATMARA.

“Kerjasama strategik yang seiring dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara MCMC dengan MARA dalam meningkatkan kualiti capaian Internet di institusi pendidikan MARA di seluruh negara.

“Inisiatif ini bukan sahaja mempermudah pembelajaran para penuntut MARA dan membolehkan mereka memanfaatkan capaian Internet untuk urusan seharian, bahkan juga sistem penyampaian awam di seluruh institusi MARA dijangka dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua pihak bertukar dokumen MoU dalam satu majlis di UPTM, hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut kerjasama antara MCMC dan MARA itu turut merangkumi pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk Kempen Internet Selamat dan khidmat konsultasi.

“…kempen yang merupakan program kesedaran dengan modul baharu sesuai untuk warga kerja dan pelajar institut pengajian tinggi, penyediaan khidmat konsultasi bagi penambahbaikan liputan mudah alih dan jalur lebar berasaskan gentian optik serta eksplorasi teknologi di kawasan kurang liputan.

“Selain itu, inisiatif ini merangkumi pembangunan usahawan melalui pembudayaan ICT dan e-dagang, serta program peningkatan kompetensi dan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber bagi melahirkan bakat yang memenuhi keperluan industri digital,” katanya.

Sebagai langkah permulaan dalam memastikan liputan Internet berkualiti tinggi, MCMC sudah menjalankan pemeriksaan status liputan Internet di Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek.

Di mana pada hujung tahun lalu, pihak telco sudah memasang Portable Base Station bagi liputan Internet sementara di bawah satu pelan tindakan khas manakala struktur menara yang tetap akan dibina untuk memberikan liputan yang menyeluruh di KPM Ayer Molek

Kedua pihak berharap pertukaran MoU itu dapat memperkasa infrastruktur digital MARA dalam memastikan liputan Internet berkualiti tinggi di premis MARA dan menyokong pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi yang lebih efisien.

“MoU ini juga merangkumi pembangunan modal insan digital bertanggungjawab dan berdaya saing dalam kalangan warga MARA.

“Ini termasuk menjadi pengguna digital yang celik siber serta memiliki kemahiran dalam ICT, e-dagang dan keselamatan siber bagi menyokong keperluan industri pada masa hadapan.

Majlis pertukaran MoU disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Wang serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Turut serta Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

*Foto: Facebook Kementerian Komunikasi

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.