nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mufti Kelantan ulas takbir raya PM disunting, dipersenda

11 APR : Tindakan segelintir pihak yang mempersenda syiar Islam dalam klip video takbir raya yang disunting dan disebar di media sosial disifatkan melampaui batas.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad akui kecewa tindakan itu dilakukan umat Islam di negara ini hanya kerana berbeza pandangan politik.

Tegasnya, meski tindakan itu dilihat seperti mempersenda sebahagian syiar Islam namun ia boleh dianggap mempersenda seluruh Islam itu.

“Takbir raya itu salah satu syiar Islam, kita memperolok-olokkan atau mempersendakan takbir itu, walaupun kita mempersenda sebahagian syiar Islam, ia boleh disifatkan mempersenda seluruh Islam itu. Jadi orang Islam yang mempersenda syiar Islam itu umpama meludah ke mukanya sendiri.

“Saya rasa kecewa dengan sikap-sikap sedemikian yang tidak tahu batas untuk berparti…berpolitik yang melampaui batas hingga mengusik syiar-syiar Islam. Itu tidak betul dari segi Islam, boleh mengundang dosa,” katanya kepada BBCPortal.

Terdahulu, tular klip video takbir raya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disunting dan dijadikan bahan ketawa serta disebar di media sosial.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata tiada salah untuk semua pihak berpolitik dan berbeza pandangan namun beliau mengingatkan agar tidak menyentuh isu agama.

“Islam ini agama suci, agama yang diiktiraf oleh ALLAH maka segala ajarannya perlu dihormati sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. Sebagaimana orang Islam juga perlu hormati pegangan agama lain. Jadi kalau orang Islam sendiri tak hormati ajaran-ajaran Islam, kita tahu sendirilah….Kalau kita menghina bapa kita, ibu kita, bahasa kita, negara kita…bagaimana?

“Isu agama ini bukan boleh dilihat aspek parti-parti politik. Siapa sahajalah…parti politik A, parti politik B kah…pada prinsipnya nak perlekeh parti A, parti B tapi pada masa yang sama dia menyentuh syiar Islam itu. Kalau nak sentuh A atau B lihatlah apakah ia sampai menyentuh Islam itu? Kalau kita nak berperang, berperanglah dari segi parti, jangan sampai sentuh agama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam al-Quran sudah dinyatakan Allah SWT melarang hambanya daripada menghina agama atau sembahan orang lain namun apa yang berlaku hari ini, agama Islam itu dihina umatnya sendiri.

“Dosa? Sudah pasti (berdosa). Dalam al-Quran kata, ‘jangan kamu menghina sembahan agama lain, nanti mereka akan menghina Tuhan kamu yang sebenar’. Kita tak boleh hina sembahan orang lain, pegangan mereka nak sembah apa pun…kau agama kau, aku agama aku.

“Jadi kita sendiri Islam menghina syiar Islam…takbir ini merupakan ibadah. Jadi kalau perli, mengina, perlekeh ibadah apa maknanya itu?,” tanyanya.

Beliau menasihatkan semua pihak agar berpolitik dan berpartilah dengan bebas namun perlu tahu batas masing-masing.

“Saya nasihatkan, berpolitiklah berpartilah tetapi jangan sampai kita melampaui batas hingga secara tidak langsung atau langsung, kita boleh menghina syiar-syiar Islam,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.