14 APR : Sebuah kedai barbeku daging di China mengumumkan caj perkhidmatan 104 peratus kepada semua pelanggan dari Amerika Syarikat (AS).
Pengumuman berbaur sindirian itu dipapar di luar premis berkenaan yang terletak di Wuhan.
“Mulai hari ini, kedai kami akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 104 peratus kepada pelanggan dari AS.
“Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Kedutaan AS,” bunyi notis tersebut.
Notis yang tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi itu dipercayai reaksi terhadap tindakan Presiden AS, Donald Trump yang menaikkan tarif import dari China daripada 84 peratus kepada 145 peratus berkuat kuasa 10 April lalu.
China kenudiannya turut menaikkan tarif terhadaps import dari AS sebanyak 125 peratus mulai 11 April lalu.
Beberapa premis lain termasuk kedai cermin mata dan kedai emas turut mempamerkan notis serupa yang dilaporkan sebagai tanda protes terhadap tindakan Trump.
Malah ada juga perniagaan yang menghentikan penjualan produk-produk dari AS.