nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ada ‘wira’ cuba tunggang isu agama, kaum di negara ini

15 APR : Isu agama dan kaum terus ditunggang dan disensasikan pihak tertentu yang mahu diangkat sebagai ‘wira’ di negara ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah membangkitkan perkara itu sambil menzahirkan rasa dukacita baginda.

Titah baginda, isu kecil dan setempat turut dieksploitasi hingga mencetus ketidaktenteraman.

Baginda mengambil contoh kes terbaharu melibatkan pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliaman di Kuala Lumpur dari atas tanah untuk pembinaan masjid.

“Meskipun kekusutan yang berlarutan lebih 10 tahun berjaya dirungkai melalui persefahaman yang dicapai secara rundingan antara pihak-pihak yang terlibat tetapi masih ada pihak tertentu, memilih untuk terus dijadikan bahan sensasi yang dipolemikkan, diperdebatkan dan dipolitikkan ke peringkat menjentik emosi yang meresahkan rakyat.

“Perkara mengenai agama dan kaum semakin disensasikan – semakin ditunggang oleh mereka yang mahu diiktiraf sebagai wira kaum dan wira agama meskipun berpotensi mencetuskan kemarahan dan rasa permusuhan sesama warga,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Kelima Belas Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Dalam istiadat pembukaan itu, baginda bertitah negara sedang berhadapan cabaran untuk mencari resepi berkesan untuk mengendalikan secara adil, saksama dan berkesan, perselisihan dalam masyarakat yang pelbagai.

“Sangat mendukacitakan politik kebencian dijadikan pilihan, dan dikhuatiri negara bakal menghadapi warga yang tidak lagi bersatu, malah membenci dan memusuhi antara satu sama lain.

“Negara ini semakin disemai benih-benih kebencian secara keterlaluan hingga terhakisnya kompas moral dan gugurnya empati apabila berurusan dengan pihak yang tidak sekata.

“Kelihatan semakin subur budaya fitnah, semakin sarat budaya yang merestui perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah lawan politik, dan semakin luntur nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan. Kebenaran bagaikan tiada lagi mempunyai nilai dan harga,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah sikap pimpinan Masjid Al-Falah Subang Jaya dan Kuil Sri Maha Kaliamman Jalan Putra Harmoni yang menjadi tempat berteduh mangsa ketika insiden kebakaran saluran paip gas di Putera Heights perlu dijadikan teladan yang baik.

Titah baginda, masjid dan kuil berkenaan membuka pintu rumah ibadat masing-masing kepada mangsa dan petugas tanpa mengira kaum dan agama.

Malah umat Islam dibenarkan menunaikan solat di ruang yang disediakan di kuil tersebut, titah baginda lagi.

“Sifat terpuji pemimpin kedua-dua rumah ibadat ini memberikan harapan dan mengubati kebimbangan kita terhadap hubungan kaum di negara ini.

“Hakikatnya, rakyat biasa tanpa diracuni dakyah politik memecah belah, boleh hidup secara aman…secara harmoni,” titah Sultan Nazrin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.