nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penambahbaikan capaian Internet tingkat daya saing pelajar

15 APR: Kerajaan sentiasa mengutamakan pembangunan digital dan kekal komited mewujudkan masyarakat celik teknologi demi kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.

Bagi memastikan usaha ini berjaya, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan kerajaan yang dijangka menganjak produktiviti institusi pendidikan serta taraf hidup rakyat.

Ia termasuk kerjasama strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkatkan kualiti capaian Internet di semua institusi pendidikan MARA (IPMA)  di seluruh negara, baru-baru ini.

Pelajar dan pensyarah dari institusi pendidikan di bawah MARA menyambut baik usaha tersebut yang dapat memastikan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) kekal relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Pensyarah dari Kolej Poly-Tech Mara Bangi (KPTM), Asyraf Ahmad berkata usaha tersebut sejajar dengan matlamat negara untuk merapatkan jurang digital khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar dan B40.

“Dalam era pendidikan digital yang kian pesat, kerjasama MCMC dan MARA untuk mempertingkatkan capaian Internet di IPMA merupakan satu langkah yang amat dialu-alukan.

“Peningkatan akses kepada Internet bukan sahaja menyokong pembelajaran secara dalam talian, malah memperkukuhkan daya saing pelajar dalam bidang teknologi, inovasi dan keusahawanan digital,” katanya kepada BBCPORTAL.

Seorang pelajar dari KPTM Bangi, Syed Raziq Hafiz berkata capaian Internet yang stabil banyak mengubah cara pembelajarannya.

“Saya amat menghargai usaha kerajaan ini…capaian Internet di kampus saya masih perlahan terutamanya pada waktu malam apabila jumlah pengguna meningkat. Jika capaian Internet dapat dipertingkatkan, ia akan membantu pelajar mengikuti kelas dalam talian serta menyiapkan tugasan dengan lebih efisien.

“Saya berharap agar MCMC dan MARA terus memantau prestasi dan keberkesanan sistem internet yang telah dipasang…sebarang maklum balas daripada pelajar perlu diambil perhatian agar penambahbaikan dapat dilakukan secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping, Muammar Rashid berkata  kestabilan capaian Internet yang  baik memudahkan pelajar untuk memberi tumpuan penuh kepada proses pembelajaran.

“Saya amat menghargai inisiatif ini kerana capaian Internet yang baik sangat penting untuk kami mengakses platform pembelajaran seperti Google Classroom dan sumber rujukan dalam talian,” katanya.

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.