nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majlis Media Malaysia platform selesai isu salah siar Jalur Gemilang

17 APR : Isu kesalahan media massa dalam menyiarkan Jalur Gemilang yang tidak lengkap boleh diatasi melalui Majlis Media Malaysia.

Namun sehingga majlis itu ditubuhkan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerajaan menggunakan akta sedia ada untuk menyiasat isu tersebut.

“Kita harap apabila ada Majlis Media Malaysia, itulah satu platform atau satu format baik untuk menyelesaikan isu seperti ini.

“Namun sehingga majlis itu dibangunkan dan dihidupkan, maka kita uruskan dulu.

“Saya dan timbalan menteri (Teo Nie Ching) sudah bertemu pengurusan media berkenaan dan kita maklumkan bahawa siasatan pihak berkuasa sedang berjalan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, muka hadapan akhbar Sin Chew Daily dan Kwong Wah Yit Poh menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa bulan sabit yang disiar bersebelahan bendera China.

KDN memulakan siasatan serta merta mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) turut menyiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan selepas menerima laporan orang awam.

Rang Undang-Undang (RUU) MMM 2024 diluluskan Dewan Negara Mac lalu bagi membolehkan Majlis Media Malaysia (MMM) ditubuhkan di negara ini.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata satu taklimat berkait tatacara penggunaan pempameran Jalur Gemilang akan diadakan.

“Kita akan anjurkan sesi ini untuk rakan media dan juga Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dalam minggu ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.