nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perkukuh penglibatan dalam teknologi, komunikasi angkasa

18 APR : Penglibatan Malaysia dalam teknologi dan komunikasi angkasa sedang diperkukuh melalui pelaksanaan satelit Orbit Rendah Bumi (LEO).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata melalui penubuhan Altel Digital Integrated Sdn Bhd (ALTEL Digital), kesalinghubungan berasaskan angkasa diletakkan sebagai pemacu utama kemajuan negara dalam sektor digital, perindustrian dan ekonomi.

Katanya, infrastruktur ALTEL Digital termasuk Stesen Bumi, Pusat Telemetri, Penjejakan dan Perintah (TT&C) serta Pusat Data Aplikasi akan dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya di Malaysia bagi mematuhi piawaian keselamatan negara.

“Bagi melindungi data negara dan mempertahankan kedaulatan digital, ALTEL Digital akan membangunkan serta mengendalikan infrastruktur utama sepenuhnya di dalam negara.

“Semua data pengguna akan diproses dan disimpan di dalam Malaysia bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan negara,” katanya dalam ucapan sempena pelancaran ALTEL Digital, hari ini, lapor Bernama.

ALTEL Digital merupakan usaha strategik antara Altel Group Sdn Bhd dan Zhejiang Geespace Technology Co Ltd (Geespace) yang menyediakan perkhidmatan satelit dan telekomunikasi terintegrasi serta menyediakan kesalinghubungan lancar di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

Ia dijangka memulakan operasi pada suku keempat 2025.

Pada masa sama, Fahmi mengiktiraf usaha memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta modul kejuruteraan satelit di institusi pengajian tinggi tempatan bagi akan memastikan Malaysia membangun tenaga kerja berkemahiran tinggi dan siap sedia menghadapi cabaran masa depan.

Katanya, di bawah portfolio satelit LEO, ALTEL Digital menyediakan empat perkhidmatan utama iaitu Internet benda (IoT) berasaskan satelit, penentuan kedudukan berketepatan tinggi, satelit backhaul dan satelit perkhidmatan jalur lebar yang terus ke perkhidmatan rangkaian selular.

Menurut Fahmi, perkhidmatan itu memberi manfaat besar kepada sektor utama negara seperti pelaburan pintar, perkapalan, pengangkutan, pembuatan, pertanian, tenaga pintar dan elektronik.

“Semua inisiatif ini selaras dengan rangka kerja kebangsaan seperti Dasar Angkasa Negara 2030, Dasar 4IR (Revolusi Industri Keempat) Negara, Rancangan JENDELA (Pelan Rangkaian Digital Nasional) dan Akta Keselamatan Siber 2024,” katanya.

*Foto: Facebook Kementerian Komunikasi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.