21 APR : China dilaporkan sudah mengembalikan dua pesawat Boeing kepada Amerika Syarikat (AS) yang sepatutnya digunakan syarikat penerbangan republik itu, lapor Agensi.
Data penjejakan penerbangan, AirNav Radar menunjukkan jet 737 MAX itu berlepas dari Shanghai menuju ke wilayah Guam sebelum meneruskan perjalanan ke Washington.
Semalam,737 MAX yang tertera logo Xiamen Airlines dari Zhoushan turut dilaporkan terbang dan mendarat di Lapangan Boeing di Seattle.
Pemulangan itu isyarat jelas berlaku gangguan penghantaran pesawat baharu berikutan perang tarif antara Washington dan Beijing.
Pengumuman tarif Presiden AS, Donald Trump itu dikatakan bakal mengancam status bebas cukai industri aeroangkasa sejak beberapa dekad lalu.
Beberapa penganalisis dilaporkan melahirkan kebimbangan terhadap kekeliruan berhubung pelaksanaan kadar levi baharu oleh AS itu yang berpotensi menjejaskan penghantaran pesawat lain.
Beberapa syarikat penerbangan mahu menangguhkannya bagi mengelakkan bayaran duti.