23 APR : Istanbul, Turkiye dan kawasan sekitar dilanda tiga gempa bumi berukuran mencecah 6.2 magnitud.
Menurut laporan media antarabangsa, gegaran pertama berukuran 3.9 magnitud melanda kawasan pantai daerah Silivri jam 12.13 tengah hari, waktu tempatan.
Gempa kedua berukuran 6.2 magnitud melanda kawasan sama disusuli gegaran ketiga berukuran 4.4 magnitud melanda daerah Buyukcekmece.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan struktur.
Turkiye pernah dilanda gempa berukuran 7.8 magnitud pada 6 Februari 2023 yang menjejaskan 11 wilayah di tenggara Turkiye serta bahagian utara Syria.
Bencana itu mengorbankan lebih 55,000 orang dan mencederakan lebih 107,000 orang.
*Foto : Al Jazeera