nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM bimbang guna AI punca silap siar Jalur Gemilang

24 APR : Perdana Menteri menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mencetus kepada kesilapan penyiaran Jalur Gemilang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kesalahan yang disengajakan atau tidak itu tetap menyentuh sensitiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan.

Tegas beliau, semua pihak terlibat akan disiasat tanpa layanan dua darjat.

Perkara itu disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

“Perdana Menteri menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden mutakhir yang melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang, bendera rasmi negara yang menjadi lambang kedaulatan dan maruah kita semua.

“Kekhilafan ini dipercayai berpunca daripada penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan imej tersebut. Sama ada sengaja atau tidak, hakikatnya ia tetap menyentuh sensitiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan.

“Perdana Menteri menegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu ini. Siasatan dilakukan tanpa mengira pihak yang terlibat sama ada media tempatan, syarikat antarabangsa mahupun agensi kerajaan. Prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua tanpa pengecualian,” katanya.

Selepas dua akhbar Cina tempatan dan syarikat makanan bayi menggunakan Jalur Gemilang tidak lengkap, hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dalam laporan Prestasi SPM 2024 turut melakukan hal sama.

Dalam pada itu, kata Tunku Nashrul, Anwar mengingatkan pihak kementerian agar menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap elemen-elemen yang membawa identiti negara, terutamanya dalam dokumen rasmi yang melibatkan jutaan pelajar dan ibu bapa.

Sementara itu, Anwar mengingatkan AI tidak boleh menggantikan tugas editorial dan kawalan kualiti oleh manusia.

“Perdana Menteri menyambut baik inovasi dalam bidang teknologi, termasuk kecerdasan buatan, yang kian meluas dalam sektor media, pendidikan, dan perniagaan.

“Namun, beliau menegaskan bahawa AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia. Setiap bahan yang melibatkan simbol negara atau sensitiviti rakyat mesti melalui semakan yang teliti, dengan semangat hormat dan tanggungjawab bersama.

“AI ialah alat yang hebat, tetapi jika digunakan secara cuai, ia boleh mengundang implikasi yang besar terhadap keharmonian negara,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.