nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gabung dengan UMNO, PN mimpi di siang hari : Zahid

25 APR : Perikatan Nasional (PN) hanya bermimpi di siang hari apabila berhasrat untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di Perak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan bergabung itu mungkin kerana PN menyedari sudah kehilangan sokongan di Ayer Kuning.

“Bagus kalau dibuat lebih lama dulu tapi kalau di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning ini baru ada cadangan macam itu saya ingat ini pukul 12.30 tengahari kalau mimpi maknanya mimpi di siang hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santuni Kasih Syawal Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Kroh di Tapah, hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa masalah ladang babi di Perak terutama di Ayer Kuning boleh diselesaikan jika PN dan UMNO bergabung bagi membentuk kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)  berkata tiada keperluan penggabungan setakat ini malah segala masalah pembangunan serta keperluan rakyat dapat diselesaikan di bawah kepemimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah disebutnya dalam kes surat pelepasan tanggungjawab sebagai pemegang amanah bagi aset milik UMNO.

Terdahulu, Dr Mahathir menafikan dakwaan beliau enggan menandatangani surat pelepasan tanggungjawab itu.

Esok, hari pengundian PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan berlangsung melibatkan 31,281 pengundi berdaftar.

PRK kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir; calon PN, Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya itu diperoleh sekitar jam 9 malam esok.

*Foto : Facebook Barisan Nasional

Get real time updates directly on you device, subscribe now.