Mesir ulang sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin
25 APR : Mesir sekali lagi mengulang sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Presidennya, Abdel Fattah El-Sisi turut menekankan peranan bersejarah negara itu sebagai benteng terhadap percubaan menentang untuk melemahkannya.
Dalam memperingati ulang tahun ke-43 pembebasan Sinai, hari ini, El-Sisi mengecam serangan ketenteraan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Beliau menyifatkannya sebagai tragedi kemanusiaan yang memalukan hingga memusnahkan negara dan mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Justeru itu, El-Sisi menegaskan usaha pembinaan semula Gaza mesti dilaksanakan selaras dengan pelan Arab-Islam.
Pada masa sama, beliau menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pemindahan rakyat Palestin.
El-Sisi turut menegaskan, keamanan yang adil dan menyeluruh tidak akan dapat dicapai tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Ia selaras dengan kesahihan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
*Foto : Facebook AbdelFattah Elsisi – عبد الفتاح السيسي