nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Minat STEM menurun bakal jejas bekalan pelajar perubatan

25 APR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang terhadap penurunan minat pelajar dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyuarakan kebimbangan itu susulan ia boleh menjejaskan bekalan pelajar dalam jurusan perubatan pada masa akan datang.

Katanya, meski lebih 14,000 pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 namun minat terhadap STEM dilihat menurun dan ini bakal memberi kesan pada sektor kesihatan.

“Saya memerhatikan 14,000 pelajar memperoleh semua A, tetapi apa yang mustahak hari ini ialah kita menyaksikan sedikit penurunan minat terhadap STEM.

“Saya agak bimbang kerana aliran sains yang akan menjadi takungan bekalan untuk jurusan perubatan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mini Karnival Jom Sihat @ Kota Lama di PPR Kota Bharu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar lebih proaktif dalam menyuntik motivasi serta semangat kepada pelajar untuk memilih aliran STEM.

“Saya harap daripada 14,000 pelajar ini, kita dapat menyemai kembali minat terhadap STEM. Ini amat penting bagi memastikan isu berkaitan sumber manusia di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat ditangani secara berkesan,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata aspek mengekalkan pakar, hala tuju kerjaya, elaun dan kebajikan pegawai kesihatan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan sektor perubatan kekal mampan selain mampu menarik minat generasi muda.

*Foto : Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Get real time updates directly on you device, subscribe now.