nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

O’Reilly buat hal lagi, kali ini banding pendapatan per kapita isi rumah

25 APR : Malaysia berada dalam kalangan negara berpendapatan pertengahan tinggi berdasarkan fakta statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia bagi tahun 2023 dikeluarkan Bank Dunia.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkongsi fakta itu bagi menepis dakwaan penganalisis politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly yang membandingkan statistik pendapatan per kapita isi rumah di AS dengan Malaysia.

“Dakwaan O’Reilly yang jahil itu adalah salah dari segi fakta. Menurut Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia pada tahun 2023 ialah AS$11,379.

“Apabila diselaraskan mengikut pariti kuasa beli, jumlahnya ialah AS$36,416, meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berpendapatan pertengahan tinggi,” katanya melalui hantaran di platform X.

O’Reilly memuat naik video menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan reaksi Perdana Menteri itu terhadap kenyataannya sebelum ini berkait lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Bekas hos Fox News itu mendakwa kononnya Malaysia dan Asia Tenggara tiada wang untuk membeli barang dari China.

Dalam respons Anwar terhadap kenyataan tersebut, beliau menyifatkan pandangan O’Reilly sebagai angkuh dan jahil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan tersebut bukan sahaja menunjukkan kejahilan O’Reilly terhadap realiti semasa Asia Tenggara, malah mencerminkan pemikiran sempit dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.

Dalam serangan terbaharunya, O’Reilly mendakwa, statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia ialah AS$5,731 (RM25,061) setahun manakala AS mencatatkan AS$42,220 (RM184,628).

“Jadi kalau kamu nak beli topi kecil tapi pendapatan kamu cuma 5,000 setahun, kamu tak akan mampu beli. Kamu pun takkan dapat beli makanan Cina bungkus di Kuala Lumpur – kamu hampir tak cukup makan!,” katanya.

Selain itu, O’Reilly turut memetik nama Barack Obama kononnya bekas Presiden AS itu pernah menetap di negara ini namun faktanya bekas pemimpin itu berpindah ke negara jiran, Indonesia ketika berusia 6 tahun bukan Malaysia.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.