nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangunan flat uzur demi hidup rakyat lebih bermaruah

25 APR : Kerajaan menegaskan pembangunan semula kawasan perumahan lama di ibu negara bukan untuk mengusir orang Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tuduhan kononnya kerajaan mahu merampas tanah orang Melayu juga tidak berasas memandangkan status tanah terlibat tidak berubah.

Katanya, pembangunan itu sebagai inisiatif kerajaan bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih bermaruah.

Justeru itu, beliau tidak faham apabila isu pembangunan di kawasan yang uzur dan sesak itu dijadikan bahan politik.

“Saya tidak faham politik begini. Apakah tanah itu tanah rizab Melayu? Kekal. Apakah tanah itu tanah Penempatan Pertanian Melayu (MAS)? Ya, kekal.

“Tapi rumah-rumah flat lama seperti Sri Perlis yang sudah uzur, sesak, tidak ada kemudahan…ini kita nak baiki, mengapa dijadikan bahan politik?

“Kita bukan mahu ambil tanah orang Melayu, kita mahu ganti rumah satu bilik jadi rumah tiga bilik. Itu pun jadi isu kononnya rampas tanah…agenda Cina. Ini bukan soal kaum, ini soal maruah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia MADANI di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam ucapan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan melahirkan rasa kesal susulan masih ada keluarga yang tinggal dalam flat sempit berusia lebih 40 tahun dengan satu bilik dan satu tandas.

Beliau juga kesal melihat anak-anak terpaksa membesar dalam ruang yang terhad dalam penempatan sedemikian.

Malah beliau bertegas tidak mahu melewatkan pembangunan tersebut supaya kesengsaraan keluarga yang tinggal di situ dapat berakhir segera dengan rumah ganti yang lebih luas, selesa dan berdekatan kawasan asal.

“Kita biar sampai 2025 pun, macam itu? Saya tidak bangga sebagai Perdana Menteri kalau tidak dapat buat sesuatu untuk baiki keadaan ini.

“Kalau kita lambat tiga bulan, itu bermakna tiga bulan lagi mereka terus sengsara. Saya kalau boleh, hantar pekerja yang lambat siapkan rumah itu tinggal di situ dulu, baru dia tahu betapa seksanya,” katanya.

Menurut Anwar, projek perumahan rakyat di Pulau Pinang membuktikan kerajaan mampu melaksanakan pembangunan dengan cekap dan pantas jika semua pihak tidak memberi alasan birokrasi.

“Saya sebut ini bukan sebab saya ada saham dalam projek. Saya tak mahu lagi lihat projek perumahan rakyat ditangguh bertahun-tahun. Kita boleh buat cepat, kita mesti buat cepat, jangan bila saya yang rasmi barulah projek itu siap cepat.

“Nilai kita bukan pada gedung tapi pada kefahaman tentang apa itu budaya, apa erti teknologi dan apa makna keselesaan sebenar bagi rakyat terbanyak,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.