nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlu mula terap AI di sekolah macam di universiti

25 APR : Semua sekolah perlu mula menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti dilaksanakan di institusi pengajian tinggi, sekarang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekolah juga perlu mengikuti inisiatif penubuhan fakulti, jabatan atau unit AI merentas semua disiplin di universiti.

Katanya, semua pihak perlu berani dalam membawa perubahan itu.

“Di universiti sekarang kita sudah ada fakulti AI…jabatan universiti ada unit AI merentas semua disiplin. Jadi, saya harap sekolah juga cepat melengkapi kerana kita tak boleh rancang lima tahun sebelum mula.

“Bila saya cadangkan sekolah, selain bahasa Melayu mesti cuba tingkatkan juga penguasaan bahasa Inggeris, ada kita katakan sasaran tiga tahun. Tak boleh, kita kena mulai tahun itu juga. Kalau tak boleh 100 sekolah, mulakan dengan 50 sekolah.

“Harus ada keberanian bawa perubahan ini. Jadi saya hendak anak-anak faham,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Parlimen Tambun di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Poi Lam, Klebang, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata tahap pendidikan negara tidak boleh lagi terus berada pada takuk yang lama lebih-lebih lagi ketika dunia sudah melangkah ke fasa teknologi digital.

Justeru itu, katanya martabat pendidikan perlu diangkat termasuk kemampuan menguasai kepakaran digital serta AI yang dianggap teknologi masa hadapan.

Menurutnya, penguasaan itu perlu seiring dengan penerapan nilai disiplin yang lebih baik dengan menghindari gejala negatif di sekolah termasuk buli dan perkauman.

“Masih ada laporan dari semasa ke semasa mengenai amalan buruk seperti buli, menghina, mencaci orang kerana warna kulit atau kaum. Ini bukan cara orang yang belajar.

“Saya ingatkan anak-anak, pupuk dari sekarang…lawan orang yang pandangannya sempit dan bodoh, mereka yang menilai orang dari segi warna kulit atau kaum. Kita menilai orang sama ada baik atau tidak dari segi ilmunya, adakah dia bawa kebaikan atau bawa keburukan,” katanya.

Kata Anwar, selain perpaduan, negara berdepan masalah tenaga kerja di mana jika unjuran sedia ada dikekalkan, Malaysia akan kekurangan 30,000 jurutera untuk memenuhi permintaan syarikat AI, digital dan semikonduktor yang terdapat di sini.

“Kita sudah ada Infineon (Infineon Technologies AG) iaitu syarikat semikonduktor terbesar dari Jerman yang masuk (melabur) di sini, begitu juga China yang menggalakkan syarikat besar melabur di Tanjung Malim.

“Semua itu memerlukan tenaga kerja, bakat baharu, profesional berkelayakan dan kamulah yang akan menentukan masa depan kita,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.