29 APR : Mark Carney dipilih sebagai Perdana Menteri Kanada baharu untuk tempoh empat tahun selepas rakyatnya selesai memilih.
Carney yang merupakan bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England ketika berkempen memberi jaminan mengemudi negara di tengah-tengah cabaran perang tarif dengan Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan Anadolu Ajansi (AA), Carney memberi jaminan nahawa kepakaran kewangan dimiliki mampu mengemudi negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan perjanjian perdagangan baharu.
Carney mengambil alih kepimpinan Parti Liberal sebaik menceburi bidang politik yang melonjakkan sokongan awam terhadap parti itu.
Malah menjelang hari terakhir pengundian pada 27 April, Parti Liberal mencatatkan kelebihan empat mata berbanding Parti Konservatif.
Pengundi dilihat memberi respons terhadap imej Carney sebagai pemimpin berpengalaman dalam menguruskan dasar ekonomi dan berdepan ketidaktentuan dasar Trump.
Sebanyak 343 kerusi dipertandingkan di negara itu dan mana-mana parti memerlukan 172 kerusi untuk membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.
Masih belum dapat dipastikan sama ada Carney akan membentuk kerajaan secara majoriti atau minoriti memandangkan pengiraan undi masih berlangsung.
*Foto : Facebook Mark Carney