19 JUN : Lima sekeluarga didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas sembilan pertuduhan berasingan berkaitan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).
Mereka merupakan ahli keluarga kepada lelaki yang ditembak mati ketika menyerang Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu, Radin Luqman, 21.
Tertuduh, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62 dan Rosna Jantan, 59 yang juga warga Singapura didakwa bersama tiga anak mereka, Radin Romyullah, 34; Farhah Sobrina, 23 dan Mariah, 19.
Radin Imran berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas IS.
Fahaman ersebut didakwa sudah disemai kepada semua ahli keluarganya itu.
Anak lelaki pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran masing-masing berdepan satu pertuduhan.
Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Terdahulu, mereka tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi dengan kawalan ketat hampir 30 anggota polis.
Sekitar kompleks mahkamah turut dikawal ketat puluhan anggota polis sejak jam 7 pagi.
Dalam kejadian serangan jam 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.
Kejadian itu turut mencederakan Koperal Mohd Hasif Roslan, 38 ditembak pada bahu dan pinggul.