nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sebahagian isu dalam laporan IMD sudah diselesaikan

21 JUN : Sebahagian besar isu dalam laporan Ranking Daya Saing Dunia 2024 yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) telah diselesaikan pada suku pertama tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara isu yang dibangkitkan ialah berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi dan perkara itu telah ditangani kerajaan.

Walau bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan akan meneliti semua isu termasuk setiap kekuatan dan kelemahan dalam laporan itu secara terbuka serta memberi jaminan akan bekerja lebih pantas dan cekap untuk memperbaikinya.

Selain penyasaran subsidi, turut dibangkitkan ialah isu ringgit, kata perdana menteri, lapor Bernama.

Beliau berkata meski pun begitu, sememangnya terdapat penambahbaikan dalam semua perkara yang dibangkitkan oleh laporan tersebut.

“Kedua ialah kelemahan ringgit, tahun lalu diakui masalah ringgit yang mencabar tetapi suku pertama tahun ini sudahpun ada peningkatan.

“Syukur alhamdulillah kerana beberapa teguran itu (telah) diambil kira dan (susulan) semua itu, kerajaan akan bekerja lebih pantas dan cekap untuk perbaikinya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia di Petaling Jaya, pada Jumaat.

Hari ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penurunan kedudukan Malaysia ke tangga 34 dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah disebabkan faktor kelemahan mata wang ringgit pada tahun lepas.

Beliau berkata berdasarkan kajian awal kementerian tersebut, isu utama yang mengakibatkan kejatuhan kedudukan negara daripada tangga ke-27 adalah disebabkan penggunaan data pada 2023 untuk mengukur daya saing negara.

Malaysia juga turun empat anak tangga ke kedudukan 10 daripada 14 negara Asia Pasifik yang termasuk dalam ranking itu, menurut laporan sekolah perniagaan yang berpangkalan di Switzerland itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.