22 JUN : Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi dilaporkan meninggal dunia.
Memetik laporan portal haramain.com, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.
Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.
Ketika ini, fungsi penjaga kunci itu terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.
Manakala Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga kunci jika terdapat tetamu negara.