25 JUN : Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami ‘isu tekanan’ semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang, lapor Bernama.
“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL, ia selamat mendarat pada 8.18 malam.