nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu Nenggiri didakwa lumpuh, semua ahli masuk UMNO

3 OGOS : Bersatu di Nenggiri didakwa lumpuh selepas kesemua ahli dari 12 cawangan parti itu dilaporkan menyertai UMNO, hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 480 ahli tersebut kecewa selepas PAS meletakkan ahlinya bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Penyertaan mereka kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Bersatu. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka merasakan bahawa dalam kerjasama antara Bersatu dan PAS, PAS bukan sahaja menunggang Islam tetapi menunggang rakan politiknya, Bersatu.

“Mengikut formula kerusi Nenggiri sebelum ini dimenangi parti (Bersatu) maka calon dari parti itulah sepatutnya bertanding tapi sebaliknya.

“Calon yang mewakili Perikatan Nasional (PN) diketahui ramai adalah ahli PAS yang berhenti dari parti tersebut semata-mata kerana mahu menjadi calon. Ertinya yang bertanding tetap orang PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Media selepas menerima borang kemasukan ahli baharu UMNO pada Program Bertemu Mata bersamanya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jerek di Gua Musang, hari ini.

Menurutnya, tindakan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail menyertai Bersatu pada saat akhir bertujuan mengelirukan penyokong Bersatu sedangkan pada hakikatnya beliau mewakili PAS.

Kumpulan itu meninggalkan Bersatu diketuai bekas Timbalan Ketua Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin.

Kata Che Ariffin, 12 cawangan Bersatu terbabit ialah Perasu, Renok Baru, Sungai Asap, Jeram Tekoh, Limau Kasturi, Bertam Baru, Bertam Lama, Jerek, Pasir Tumbuh, Meranto, Kala Star dan SEDC (Sungai Teras).

Mohd Rizwadi merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang dan baru menyertai Bersatu sebelum dipilih sebagai calon mewakili PN.

Awal hari ini, Mohd Rizwadi dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumum sebagai calon yang layak bertanding selepas proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di Kelantan.

PRK berkenaan diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun berikutan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan Ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.