nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Maimunah dilantik Datuk Bandar KL baharu

14 OGOS : Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu berkuat kuasa esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelantikan tersebut saudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Datuk Seri TPr Dr Maimunah Mohd Sharif, 63 tahun telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2024.

“Saya percaya dengan pelantikan ini, beliau akan dapat meneruskan kesinambungan pengalaman dan sumbangan beliau untuk memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penuh integriti bagi memastikan kemampanan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan ke arah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang maju dan sejahtera,” katanya.

Maimunah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar) di Universiti Sains Malaysia.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) di Kenya selama 6 tahun dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan tersebut.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

Menurut Zaliha, Maimunah mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti serta individu yang bertanggungjawab mengembalikan kedudukan UN-Habitat sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran mampan.

Dalam kenyataan sama Zaliha sempat merakam penghargaan kepada Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh atas khidmat beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.