nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin didakwa bawah Akta Hasutan

27 AUG : Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, hari ini di bawah Akta Hasutan.

Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasut ketika berkempen di Felda Perasu, 14 Ogos lalu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan di Felda Perasu, Gua Musang antara jam 10.30 hingga 11.50 malam pada 14 Ogos lalu ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Mengikut kertas pertuduhan, Pengerusi Perikatan Nasional (Pan) itu didakwa menyebut : “Saya nak ceritakan mungkin orang Nenggiri ingatkah tak ingat? Saya waktu itu, sekali lagi diberikan sokongan ada 115 Ahli Parlimen yang sokong saya.

“Ikut Perlembagaan kalau saya sebagai Ahli Parlimen ada dapat sokongan 114, campur saya Muhyiddin Yassin ada satu Parlimen jadi 115. Kerusi Parlimen 222.

“Kalau bahagi 2 berapa? 111…kalau dapat lebih 1 dia boleh bentuk kerajaan. Tapi saya dapat 115. Kalau ikut kiraan Perlembagaan saya sudah ada jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk jadi Perdana Menteri. Ini bukan nak mengungkit tapi it’s a record of history.

“Tapi entah macam mana Yang di-Pertuan Agong waktu itu tak ajak jemput saya pergi istana angkat sumpah. Siapa yang Dipertuan Agong dulu? Faham dah la eh. Kita tak nak cerita apa-apa buruk eh tapi yang itu bagi saya agak luar biasa…tapi takpe lah. Maka lepas tu terbentuklah kerajaan Perpaduan..sekarang ni kita panggil kerajaan Madanon,”.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dan menolak permohonan pendakwaan berkait perintah larangan bersuara.

Mahkamah menetapkan 4 November depan tarikh sebutan semula kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.