29 OGOS : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan penganjuran Sambutan Ambang Merdeka 2024, esok.
Pengumuman itu dibuat melalui hantaran di Facebook DBKL pada Rabu.
Menurut DBKL, pembatalan itu bagi menghormati mangsa bagi insiden yang berlaku di sekitar KL.
“Pembatalan Sambutan Ambang Merdeka 2024. Dimaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran DBKL bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.
Pembatalan ini adalah sebagai menghormati mangsa-mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, baru-baru ini
“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” kata DBKL dalam hantaran itu.
Sebelum ini, kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketujuh, hari ini.