nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lawatan PM ke Rusia lonjakan besar bagi hubungan dua hala negara

6 SEPT : Lawatan kerja dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia merupakan rangsangan besar bagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia.

Lawatan perdana menteri itu memang tidak syak lagi dialu-alukan oleh Rusia dan ia amat ketara apabila Anwar mendapat tepukan gemuruh beberapa kali daripada para hadirin semasa beliau menyuarakan pandangan di sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di Vladivostok.

Sambil menyifatkan lawatan itu penting kepada dirinya sendiri, Anwar yang dalam lawatan sulungnya ke Rusia berkata lawatan itu membuka lebih banyak peluang penting kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama dua hala.

Beliau berkata mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin digunakan sepenuhnya bukan sahaja untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G), malah termasuk hubungan dalam bidang aeroangkasa, teknologi canggih, peralihan tenaga dan pertanian moden.

“Selain itu aspek-aspek seperti ekonomi, penyelidikan, pendidikan, serta pembangunan produk halal, khususnya industri kewangan Islam turut dibincangkan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, lapor Bernama.

Kehadiran beliau di Vladivostok adalah atas jemputan Presiden Rusia untuk perbincangan dua hala dan untuk mengambil bahagian dalam sesi pleno EEF ke-9.

EEF ialah forum ekonomi tahunan yang diadakan di wilayah Timur Jauh Rusia, yang telah bermula pada 2015 bagi menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa di rantau ini.

Bertema ‘Menggabungkan Kekuatan untuk Mewujudkan Potensi Baharu’, sesi pleno EEF ke-9 itu dihadiri oleh ramai orang kenamaan asing dan tempatan peringkat tinggi, penggubal dasar, ahli akademik serta ketua industri.

Perdana menteri tiba pada 4 September diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup serta pegawai-pegawai kanan.

Dalam mengharungi jadual yang padat, pelbagai isu dibincangkan termasuk penyertaan Malaysia dalam BRICS, pengerusi ASEAN pada 2025, mengetengahkan isu-isu kekejaman Israel terhadap Palestin, di samping mengusulkan penerbangan terus yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Merujuk kepada BRICS Anwar berkata, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai potensi besar untuk diterima menjadi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), dan Putin secara peribadi telah menjemput Perdana Menteri untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS yang akan datang di Kazan, Rusia pada 22-24 Oktober 2024.

Anwar memberi jaminan dengan menyertai pertubuhan antara kerajaan BRICS ini, ia bukan sahaja membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi Global Selatan tetapi juga membolehkan negara berkongsi kepakaran terutamanya disebabkan kedudukannya sebagai hab semikonduktor di rantau ini.

Pada 28 Julai lepas Anwar berkata, Malaysia telah menghantar permohonan kepada Rusia untuk menyertai pertubuhan antara kerajaan BRICS, susulan kunjungan hormat ke atasnya oleh Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada hari berkenaan.

“Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai pertubuhan BRICS ke Rusia sebagai pengerusi BRICS, selain menyatakan keterbukaan untuk menyertai sebagai negara anggota atau rakan strategik,” katanya.

Terdahulu pada 18 Jun 2024, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi membangun terbesar, menyatukan Brazil, Rusia, India dan China. Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada tahun 2010.

Pada 1 Januari lepas BRICS mengembangkan lagi keahliannya untuk merangkumi Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu.

Mengenai jawatan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Anwar juga telah menyampaikan jemputan kepada Putin untuk menyertai sidang kemuncak ASEAN 2025 semasa mesyuarat dua hala pada 4 September.

Dalam pertemuan itu, Anwar juga memberi jaminan kepada Putin bahawa sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, beliau akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama perkumpulan serantau itu dengan Rusia dalam semua bidang.

Menyentuh isu hak asasi manusia, khususnya pembangunan di Palestin dan Ukraine, Anwar berkata, Malaysia dan Rusia bersetuju untuk menuntut Israel menghentikan serangan ganas dan kejam ke atas Gaza dengan segera.

Anwar turut menggesa dunia untuk menentang segala bentuk penjajahan.

Sambil memberi jaminan bahawa Malaysia adalah negara sahabat, tanpa ditentukan oleh mana-mana kuasa, Anwar berkata, Malaysia dan Rusia harus memberi pertimbangan untuk memperkenalkan penerbangan terus bagi meningkatkan laluan pelancong antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, Malaysia menerima ketibaan lebih 100,000 pelancong dari Rusia tahun lepas, dan potensi untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong Rusia itu adalah besar dengan adanya lebih banyak hubungan penerbangan.

Pada masa ini hanya penerbangan transit melalui China yang ada untuk menghubungkan kedua-dua negara melalui laluan penerbangan.

Sementara itu di pihak Rusia, Putin dilaporkan berkata, terdapat banyak peluang untuk mengembangkan hubungan perdagangan dengan Malaysia.

Kremlin.ru melaporkan bahawa Putin juga berkata, Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025.

Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagangan ke-8 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah perdagangan dua hala meningkat 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (AS$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (AS$2.79 bilion) direkodkan pada 2022. 

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.