nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan pembangkang: Parlimen perlu reformasi bukan MoU

18 SEPT : Parlimen memerlukan reformasi yang memberi hak peruntukan secara automatik kepada kawasan Parlimen tanpa syarat bukannya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang

Ahli Parlimen kerajaan, Hassan Abdul Karim berkata peruntukan diterima itu perlu sama banyak dan sama adil.

“Setiap ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan atau di blok pembangkang atau di blok Bebas dijanjikan undang-undang untuk mendapat peruntukan kawasan Parlimen masing-masing sama banyak dan sama adil.

“Undang-undang seperti inilah yang mesti diinstitusikan mulai sekarang bukannya MoU seperti yang dihebohkan kini,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak draf MoU itu atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta mendakwa beberapa syarat dikenakan dalam memorandum tersebut boleh menjejaskan antara lain hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menyifatkan MoU tersebut bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen serta satu pencerobohan kuasa Eksekutif.

MoU tersebut mengikat peranan dan fungsi ahli-ahli Parlimen pembangkang selain cuba melemahkan blok pembangkang di Parlimen.

“…Setiap anggota Parlimen tanpa kecuali dikehendaki mengangkat sumpah dan kandungan sumpah itu antara lainnya setiap ahli Parlimen itu bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

“Tidak perlu menandatangani satu lagi dokumen yang bernama MoU antara kerajaan dan pihak pembangkang,” katanya.

Beliau juga menyifatkan MoU itu hanya akan memandulkan peranan ahli Parlimen pembangkang.

“Sifat mengikat MoU itu akan memandulkan dan membonsaikan peranan ahli-ahli parlimen pembangkang dan gabungan parti pembangkang di Parlimen.

“Mereka hilang kebebasan untuk berperanan sebagai satu kuasa efektif untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan,” katanya.

Menurutnya lagi, ahli Parlimen pembangkang terpaksa menutup mulut dalam hal penting melibatkan rakyat dan negara.

“Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang yang merupakan kerajaan bayangan atau shadow government terpaksa tutup mulut dalam perkara-perkara penting melibatkan hal rakyat dan negara.

“Kenapa? Kerana mereka telah menandatangani MoU dengan kerajaan iaitu Badan Eksekutif. Jadi MoU yang dikemukakan kerajaan bersifat membelenggu kebebasan ahli-ahli Parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.