nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Counter setting’ : SPRM tahan 50 penguatkuasa

18 SEPT : Seramai 50 penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk udara negara dengan modus operandi ‘counter setting’.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata seorang wanita berpangkat sarjan polis manakala 49 lagi pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Selain penguat kuasa di dua agensi ditahan dalam Op Pump, SPRM turut menahan 10 ejen sindiket berhubung kes ‘counter setting’ ini.

“Dua orang ejen ditahan di Kuala Lumpur, manakala lapan lagi yang merupakan orang awam atau keldai akaun ditahan di Pulau Pinang dan Lembah Klang,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, tangkapan mengikut negeri terlibat iaitu di Selangor 12, Negeri Sembilan 8, Kuala Lumpur 6, Pahang 6, Johor 4, Melaka 4, Bahagian Perisikan 9 serta seorang di Kuala Lumpur.

Kata Azam, keterangan 95 individu sudah diambil setakat ini dan 37 kertas siasatan dibuka.

Sebanyak 215 akaun bank bernilai RM3.6 juta milik 16 syarikat dan 84 individu dibekukan.

Selain itu katanya, SPRM turut menyita wang tunai RM518,250 yang dijumpai dalam bagasi di bilik tidur seorang pegawai imigresen kanan wanita Gred KP22 di Pahang.

Sejumlah wang tunai lagi sebanyak RM248,443 dijumpai di bawah katil bilik tidur seorang pegawai lelaki imigresen Gred KP19 di Melaka turut dirampas.

“Jumlah sitaan wang tunai berjumlah RM1.4 juta berjaya dirampas, selain SPRM turut menyita wang tunai AS$9,900 dan mata wang Baht 5,470,” katanya.

Turut dirampas dan disita 9 kereta, 13 motosikal dan 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai lebih RM200,000.

Dinar emas itu dirampas daripada pegawai Imigresen Kanan Gred KP22 di Negeri Sembilan.

“Lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket serta subang dirampas, selain lebih 12 jam tangan pelbagai jenama dan lebih 30 telefon pintar pelbagai jenama dan komputer riba dirampas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.