nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cara diplomatik tidak berkesan tundukkan Israel

4 OKT : Usaha diplomatik dilihat tidak berkesan dalam menyelesaikan konflik Asia Barat yang melanda dengan Israel berterusan membunuh rakyat Palestin dan meluaskannya ke Lubnan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rejim zionis itu terus berani melakukan genosid mungkin kerana terus mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

“Setakat ini tidak ada (penyelesaian diplomatik mampu hentikan tindakan Israel). Maksudnya…kita sugul kerana kita sedang mendesak untuk (Israel) menghentikan serangan ke Gaza, (tapi serangan) diteruskan di Gaza (malah) diperluaskan ke Lubnan.

“Mula-mula di Selatan Lubnan sekarang terus ke Beirut…selepas ini apa lagi.

“Tetapi Ini kedegilan Israel ini kerana mungkin mereka masih bergantung kepada dukungan (terima sokongan) AS dan sekutu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada akhir Lawatan Negara selama tiga hari di Pakistan.

Menurut Anwar lagi, Malaysia bersama beberapa negara Islam yang lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah pun bangkit untuk menyekat kekejaman Israel namun sehingga kini tiada yang membuahkan hasil.

“Di Malaysia saya suarakan…dan suara Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan di peringkat antarabangsa) itu dah cukup tegas…tapi ia memerlukan komitmen…dengan negara Arab, dengan negara Islam…Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Semua telah lakukan tanggungjawab mereka masing-masing. Mungkin tidak sepenuhnya memuaskan…tetapi suatu langkah yang sudah tegas,” katanya.

Pada sidang media berasingan Anwar bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mereka senada mengutuk tindakan Israel di Gaza dan Lubnan.

“Masalah ini sudah tentu menjadi lebih genting sekarang dengan peluasan dan lanjutan pencerobohan perang ke Lubnan serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza dan Tebing Barat. Kita telah melihat bahawa isu ini bukan perang antara dua negara.

“Ia sepenuhnya satu keangkuhan dan pencerobohan yang mengabaikan semua peraturan asas peraturan antarabangsa serta penderitaan rakyat Palestin selama tujuh dekad, yang dilucutkan hak mereka dan dinafikan hak asasi.

“Dan kita telah melihat bukan sahaja ketidakselarasan, tetapi juga hipokrasi dalam kalangan banyak negara yang kononnya bercakap mengenai hak asasi manusia dan kebebasan, serta mengkritik dunia mengenai hak asasi manusia dan kebebasan, namun jelas sekali sangat memilih dalam membuat keputusan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.