nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasukan MALBATT di Lubnan diarah berlindung dalam kubu

11 OKT : Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 sedang berlindung dalam kubu susulan provokasi tentera Israel di Lubnan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata arahan untuk tidak menjalankan sebarang operasi rondaan atau pergerakan logistik sudah dikeluarkan.

Menurutnya, keputusan untuk membawa pulang pasukan MALBATT atau tidak hanya akan diputuskan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) secara bersama.

“Mereka sentiasa ada dalam bunker (kubu). Satu jangka masa berada di dalam bunker sekitar 12 hingga 13 jam. Tiada aktiviti tetapi UNIFIL masih belum buat keputusan sama ada untuk dipindahkan (atau tidak),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Kementerian Pertahanan di ibu negara, hari ini.

Semalam, dua anggota pengaman Indonesia yang juga bernaung di bawah UNIFIL dilaporkan cedera dalam serangan kereta kebal Israel yang meningkatkan operasi di Lubnan sejak minggu lalu.

Sementara itu, Khaled memberi jaminan keselamatan pegawai dan anggota MALBATT yang bertugas diutamakan.

Mengulas lanjut, Khaled berkata Kementerian Pertahanan sentiasa memantau keadaan pasukan MALBATT.

“Kita dalam sehari tiga hingga empat kali dapat laporan. Kita sedang teliti, memang kita tidak nafikan pihak Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melakukan provokasi kepada pasukan Ireland berdekatan sempadan Lubnan.

“Pasukan kita atas sikit, jadi kita tunggu keputusan bersama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.