nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia hubungi PBB berkait situasi MALBATT di Lubnan

14 OKT : Kerajaan akan berhubung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan perkembangan terkini berkait penugasan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan susulan peningkatan serangan Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya akan melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan.

“MINDEF akan melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman Malaysia berada dalam keadaan baik dan bertugas selari dengan mandat yang diperuntukkan.

“MINDEF akan terus memantau perkembangan terkini di Lubnan dan tindakan seterusnya akan diputuskan oleh kerajaan selepas berbincang dengan Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dan PBB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu dilaporkan, lima anggota pasukan pengaman UNIFIL termasuk dari Indonesia cedera dalam serangan  Israel di selatan Lubnan.

Laporan media menyebut UNIFIL mendakwa tentera Israel secara sengaja melepaskan tembakan ke arah kedudukannya pasukannya.

Dalam pada itu, Khaled mendesak Israel untuk menghormati mandat yang diperuntuk PBB kepada pasukan pengaman.

“Israel mesti menghormati mandat tersebut dan tidak mengheret UNIFIL ke kancah konflik Israel-Hezbollah.

“Serangan ke atas anggota UNIFIL adalah serangan terhadap PBB dan masyarakat dunia dan ia adalah perbuatan yang melanggar segala norma undang-undang antarabangsa dan sangat tidak bertamadun,” katanya.

Sepanjang minggu lalu, pasukan UNIFIL berulang kali diserang di bandar Naqura, Lubnan yang menempatkan ibu pejabatnya serta beberapa lokasi lain kawasan penugasan pasukan pengaman.

Terdapat kira-kira 9,500 pegawai dan anggota tentera dari sekitar 50 negara di bawah UNIFIL yang ditugaskan memantau gencatan senjata yang mengakhiri perang selama 33 hari pada 2006 antara Israel dan Hizbullah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.